Tuesday, January 1, 2013

selamat tahun baru 2013


Every year macam sama aje sambutan tahun baru kat negara kita ni kan. Menjelang tahun baru forsure ada macam2 konsert dibuat, naik bosan akak menengoknya. Sebab akak rasa semuanya macam biasa. Sepatutnya kita melangkah ke tahun baru, kita perlu bersyukur kerana masih diberi peluang bernafas sehingga ke hari ini dan berazam untuk memperbaiki diri. Namun kalau untuk just for fun kat rumah, boleh la kan buat something dengan family.

As usual akak tak punya azam yang berkobar-kobar untuk dilafazkan. Hopefully tahun ni lebih memberi kebaikan kepada diri akak dan keluarga. Tahun ni lebih bermakna sebab anak sulung akak akan menduduki PMR. Akak yang lebih berdebar.

Diharapkan juga tahun ni lebih memberi keceriaan dan kebahagiaan kepada kita semua, tiada lagi permusuhan, tiada lagi persengketaan, tiada lagi hasad dengki dan dendam serta tiada lagi penderitaan di atas dunia sementara ini. Kita perlu bersyukur kerana hidup di negara yang aman damai berbanding dengan negara2 lain. Kita juga perlu akur dengan kehidupan di negara ini yang jarang2 sekali ditimpa bencana yang teruk, melainkan dugaan yang sedikit itu datangnya daripada Dia jua.

Selamat Tahun Baru kepada semua =))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...