Friday, November 23, 2012

maggi bujang & durian crepe




Inilah dinner akak malam tadi sebab SRK tak nak makan nasi. Dia cuma request nak makan maggi. Wah! Senang kerja akak kan =)). Tengok dalam ice box, stok sayur tinggal kacang panjang aje dan SRK tak minat makan kacang panjang. Jadi, tak payah bubuh sayur. Ayam atau daging pun tak ada. Kesian sungguh ice box akak ni. Nasib baik ada lagi stok telur dan meat ball. Owh...meat ball! Again!!




Senang aje nak masak maggi bujang versi akak ni. Tumiskan dulu bawang putih dan cili boh sampai garing, masukkan meat ball. Kacau sekejap dan tuangkan air secukup yang kita nak. Bila air dah menggelegak, masukkan serbuk maggi dan pecahkan telur ke dalamnya. Masukkan mee maggi. Siap!!

Alamak...takkan cara2 masak maggi pun nak tepek kat blog kan?? Dah la masak maggi kali ni terlebih minyak...hahaha.... =)).





Meanwhile thanx pada ofismate, Anom Hanim yang dah dua kali belanja akak makan durian crepe. Kalau bubuh aiskrim kat dalam kulit tu pun ok kot.... Pada akak, rasa durian crepe ni quite ok tapi bau durian tu masih semerbak...





throwback: 10Binjai, PNB Park, KLCC

Throwback yang terobek. Last minute decided buat iftar kat 10Binjai, PNB Park. RM80 per head tapi guna orang dalam, dapat RM64 per...