Wednesday, November 21, 2012

kerabu pucuk paku




Dah lama tak masak kerabu pucuk paku. Dulu2 sebelum umur masuk kategori midi, selalu juga masak kerabu2 ni sebab SRK suka makan. Bila dah pindah ke kota besar gini, selalu aje rushing nak memasak. Tapi kali ni tetiba aje ada masa nak memasak kerabu ;)

Pucuk paku kena rebus dulu sampai agak empuk (lembut). Kemudian toskan. Goreng kelapa parut ikut sukatan yang sesuai dengan kuantiti pucuk paku dan tumbuk kelapa parut tu sampai keluar minyak/air. Hiris beberapa biji bawang merah dan lada merah. Tapi masa masak kerabu ni, stok lada merah dah habis. Tumbuk lumat lada hitam dan garam. Kemudian kesemua bahan ini digaulkan dengan pucuk paku tadi. Perahkan air asam jawa atau jus lemon kedalam kerabu untuk mendapatkan rasa masam sedikit.

Boleh juga digaulkan dengan ikan rebus yang ditumbuk lumat.

Sedia untuk dihidang.

ten years, sunway pyramid

Sapa suka jenjalan kat Sunway Pyramid dan mencari makanan Melayu? Boleh la try makan2 kat restoran yang interiornya cantik dan...