Monday, October 29, 2012

nasi ayam kampung @ velodrom cheras




Lagi cerita akak makan nasi + ayam kampung. Kalau aritu akak menerjah ke Jalan Raja Muda, kali ni kebetulan lalu di jalan berhampiran velodrom, Cheras...maka cepat aje akak membelok ke kedai makan Haji Hassan (if I'm not mistaken..) yang famous dengan masakan kampung ala Kelate.

See...teringin makan sayur lemak pucuk manis + labu walaupun akak bukan peminat labu. Ambik ayam kampung goreng seketul dan gulai darat, done.




Selebihnya akak ambik pelbagai ulam > kacang botol, timun, petai rebus dan daun ceylon (betul ke ejaan ni??), cicah dengan sambal budu dan sambal belacan + tempoyak. Peehhhhh...terangkat.




Makan 3 orang campur dengan air, bayar tak sampai RM30.00....cheaper than masa akak makan menu yang sama di RR Awan Besar, harganya...hmmm....malas nak tulis.



throwback: 10Binjai, PNB Park, KLCC

Throwback yang terobek. Last minute decided buat iftar kat 10Binjai, PNB Park. RM80 per head tapi guna orang dalam, dapat RM64 per...