Saturday, October 27, 2012

menu aidil adha




Akak memang tak plan pun nak masak lemang dan rendang, penat rasanya nak masak lemang. Nak cari / beli buluh lagi, nak bersihkan buluh lagi, nak masukkan beras dalam buluh pun bukan kerja yang mudah. Tak semua orang expert buat lemang. At last, pakat dengan mak masak nasi impit dan kuah kacang aje la, lebih mudah.





Resepi kuah kacang ni versi mak akak. Tumis garing bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas dan udang kering yang telah dikisar. Masukkan cili boh ikut sukatan yang kita suka, kalau suka pedas, lebihkan sikit cili boh. Masukkan serai dan kacau lagi. Bila dah garing, masukkan kacang tanah goreng yang telah dikisar, air dan sedikit air asam jawa. Masukkan juga gula merah yang telah dicairkan. Kalau takde gula merah, guna gula putih pun tak jadi masalah. Sukatan air tadi ikut citarasa sendiri. Masak hingga mendidih dan agak pekat.

Nasi impi + kuah kacang ni jadi hidangan breakfast kami sekeluarga di pagi raya.




Untuk lunch, kami masak nasi beriani. Beli beras basmathi Faiza yang paket kecil tu aje, cukup untuk tujuh pot...muat la masak dalam rice cooker yang bersaiz sederhana. Nak masak nasi beriani, just tengok resepi nasi beriani yang Chef Wan masak dalam website AFC. Mudah nak diikut kalau kita tak sure atau tak ingat ingredients.

Meanwhile, masak pulak ayam masak merah, nak match kan dengan nasi beriani. Kaedah nak masak ayam ni agak mudah, I'm sure ramai yang dah expert masak ayam berlada gini. Anyway, akak share juga resepi my family. 

Kisarkan bawang putih, bawang merah, bawang besar, halia dan buah tomato, kemudian tumiskan sehingga naik bau. Masukkan cili boh, bawang besar yang telah dipotong bulat dan sedikit air asam jawa. Masukkan sedikit sos cili dan sos tomato, gula dan garam ikut citarasa masing2. Masukkan ayam yang telah digoreng setengah masak terlebih dahulu dan kacau hingga ayam masak. Masukkan daun sup dan daun bawang untuk menaikkan aroma.





Then, boleh la buat acar mentah atau jelatah, nak bagi lengkap lagi (walaupun tak lengkap...sebab takde kuah dalca). Akak tak expert nak masak kuah dalca, serius. So tak payah susah hati kan...makan aje apa yang ada =)).




Untuk minum petang, goreng aje kentang dan buat sos penyicahnya. Siap :)


 

mee kari chinese style

Semalam, tengahari lagi dah plan nak masak mee kari chinese style. Entah ler, tetiba teringin nak makan. SRK dan anak2 pun setuju ta...