Tuesday, October 30, 2012

ayam goreng berempah resepi ibu





Best juga kan kalau sesekali masak ayam goreng berempah, anak2 pun suka kalau akak masak ayam. Semua orang tahu macamana nak goreng ayam, simple je kan. Kalau ada yang tak reti lagi macamana nak goreng ayam, tak tahu nak cakap macamana la =)).

Kali ni akak goreng ayam versi ayam berempah resepi emak akak sendiri. Biasa la kan, air tangan mak memang sedap.

Caranya mudah sangat, tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia sampai lumat. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit terlebih dahulu. Kemudian campurkan serbuk jintan bersama bahan2 yang telah ditumbuk tadi. Perapkan ayam dengan bahan2 tumbuk ini selama 10 - 15 minit. Pecahkan telur dan pukul hingga agak kembang dan gaulkan telur dengan ayam tadi.

Sebelum menggoreng, lumurkan ayam dengan tepung beras. Goreng dengan api yang sederhana. Mesti ada kelainannya =)).

throwback: 10Binjai, PNB Park, KLCC

Throwback yang terobek. Last minute decided buat iftar kat 10Binjai, PNB Park. RM80 per head tapi guna orang dalam, dapat RM64 per...