makan nasi ayam kampung (taste of kelate!!)


Nostalgia makan2 @ New Castle (Kota Bharu)

Tengahari semalam, kebetulan ada kerja yang perlu diselesaikan kat luar, so...singgah la lunch kat Jalan Raja Muda, Kampung Baru. Ada kawan mengidam nak makan nasi ayam kampung. Bukan nasi ayam tapi nasi putih makan dengan ayam kampung goreng. 




Mak aiii...sampai situ orang dah ramai dan akak dah nampak piring2 berisi budu dan tempoyak disusun banyak kat atas meja. Stail orang kelate macam ni la, pinggan berisi ulam pun dah ready. Kita just ambik aje mana yang berkenan. Dah lama betul akak tak makan budu + tempoyak gitu.




Dah ambik nasi putih dan ulam cicah dengan budu + tempoyak, tambah lagi gulai daging atau gulai darat, memang taste Kelantan betul. Nak makan banyak tapi bila teringatkan berat badan ni senang sangat nak naik, maka abaikan la aje niat tu.




Tengok tu....set lauk yang kami makan....complete dah macam tu. Puas hati sesangat. Ada ayam kampung goreng....yummy! Makan tiga orang baru kena RM26.00...not bad la kan sebab makanannya sedap dan memenuhi citarasa kami.

Next time nak terjah lagi ke situ sebab...tak sampai 10 minit nak pergi situ...



Popular posts from this blog

mara digital

shah's beach resort, tanjung kling, melaka

pasar rakyat medan mara, KL