Wednesday, October 3, 2012

makan maman jadi mamai..


Bila akak balik ke kampung, sebulan sekali ada la menerjah ke pekan sari Temerloh. 

*Pekan sari : pasar tani yang terbesar di pinggir sungai Pahang, bandar Temerloh.

Kat Pekan Sari memang macam2 ada, terutamanya pelbagai jenis ikan darat dan sayur2 kampung. Pilih aje
yang mana berkenan di hati. Tengok orang jual udang galah sampai RM70.00 selonggok...memang best kalau buat gulai lemak cili api. Terangkat you...





Sepanjang duduk kat kota ni, tak pernah lagi akak masak sayur maman. Tapi bila balik kampung, teringat aje nak buat masak lemak maman. Yang ni masak lemak maman dengan ikan kembung. Walaupun maman rasa macam pahit sikit2 tapi best. Setiap kali masak guna santan, jangan lupa ye bubuh asam keping.




Hmm....resepi sendiri, maka kaedah nak masak pun ikut suka aje la kan. Ni akak campurkan ikan kembung dan ikan patin masak berlada. Ikan patin sedap juga kalau masak berlada. Tumis lada tu biar sampai nampak betul2 masak, supaya tak sakit perut.. :))

mee kari chinese style

Semalam, tengahari lagi dah plan nak masak mee kari chinese style. Entah ler, tetiba teringin nak makan. SRK dan anak2 pun setuju ta...