Monday, August 13, 2012

jom serang jakel...!


Baru ni dah puas adjust masa dengan SRK, minta tolong bawakan akak ke Jakel, Shah Alam. Akak nak pergi sendiri tak hengat jalan...macam kelako dah setahun lebih duk kat Puchong masih lagi blur dengan jalan2 kat Shah Alam tu. 

Sebab tu la perlukan SRK untuk jadi tourist guide, dia kerap sangat ke sana...dah expert. Dah survey baju kurung kat Jakel, Jalan Masjid India...tapi tak jumpa yang berkenan. Harganya pulak boleh tahan maaaa....fixed price. Tapi di Jakel, Shah Alam...akak boleh tawar harga...best kan. Bodek + layan sikit salesgirl tu, dapat la the best price.




Amboi...apa cer pergi serang Jakel sampai tak hirau nak berbuka puasa. Takde la macam tu kan...sampai Shah Alam pun dah jam 6.00pm lebih...cari bazar Ramadhan dulu. Beli apa yang patut kat situ dan bentang tikar suratkhabar kat padang.... Ramai orang berbuka kat padang ni...kira ni kali kedua kami berbuka kat situ.





Ada yang bawa family, ada yang berdua je..ehem..ehem...masing2 berebut nak duduk kat tempat yang dekat dengan lampu. Takkan nak makan dalam gelap kan... Waktu ni dah jam 7.00pm lebih, tempat letak kereta memang full, sampai berlapis2 dah. 

Yang bagusnya sambil kami tunggu waktu berbuka puasa, boleh dengar tazkirah ustaz dari masjid berhampiran. Antara yang akak ingat isi kandung tazkirah ni ialah mengenai puasa....

1) Ustaz, boleh tak kita kentut dalam air? Ustaz jawab : Ini soalan 20 tahun lepas dah jawab....tiap2 tahun ada aje soalan budak tadika ni... :)

2) Ustaz, boleh tak kita berbuka puasa dengan bersetubuh?  Ustaz jawab :  Bolehhhhhh...bolehhhh sangattttt, kamu gantikan doa makan / berbuka puasa dengan doa nak bersetubuh, lepas tu bersetubuh la sekali dengan syaitan... Menjawab tak soalan kamu tu? Faham2 aje la kan maksud ustaz tu.

3) Bla...bla...bla....

Memang kelako ustaz ni, kami yang kat padang ni pun gelak2...




Si kecik punya pilihan, kueteaw goreng. Katanya sedap...tapi tak habis juga makan. Ayahnya la jadi tukang habiskan.




Pilihan akak, nasi lemak special...ada ayam tapi biji lada tak hancur...berhati2 nak makan. Bimbang sakit perut pulak.




Ahaaa...favourite kami anak-beranak ni....cempedak goreng tapi macam tak percaya harganya. Lima biji RM3.00. Nasib baik besar2....nak makan punya pasal, beli juga.




Kuih sagu ni SRK yang beli sebab memang dia minat kuih ni tapi bila makan, takde rasa manis langsung. Apa nak kata. Pada akak, kalau kita berniaga biarlah jujur dengan pelanggan, baru la rezeki berkat. Lepas berbuka boleh la kita menunaikan solat kat masjid berdekatan...












ten years, sunway pyramid

Sapa suka jenjalan kat Sunway Pyramid dan mencari makanan Melayu? Boleh la try makan2 kat restoran yang interiornya cantik dan...