Tuesday, August 14, 2012

ada ke orang buka puasa makan cucur bilis?




Nak kata mengidam tak juga tapi baru ni akak teringin nak berbuka puasa makan cucur bilis air panas. Jadi, apa lagi tunggu....adun aje la tepung gandum tu kan. Orang lain punya cucur bilis air panas sikit punya lawa tapi hasil air tangan akak biasa2 aje.  Bahan2 nak masak cucur bilis air panas ni takkan nak share juga kan..hehe...melampau!




Takkan makan cekodok bilis je kan, mahu merajuk SRK dengan akak :)

Goreng mee kuning ala2 mee mamak gitu, last minute dah dekat nak berbuka puasa baru la akak goreng sebab nak makan masa panas2. Seperti biasa bila masak mee goreng ala mee goreng mamak ni, akak suka guna kicap pekat, kicap manis, kicap masin, sos tiram, sos cili dan sos tomato. Gaulkan semuanya dan tumiskan sekali dengan bahan2 asas seperti bawang putih dan bawang merah. Garam jangan dilupa ye.


3 comments:

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...