Friday, August 10, 2012

makan nasi kerabu @ yati percik, kota bharu


Waktu akak outstation ke KB last week, akak bersahurkan roti bilis dan air susu high calcium je. Walaupun ada disediakan bufet sahur kat hotel tapi kalau dah bangun jam 4.30 am gitu, sangat la malas nak bersiap untuk turun makan. Lain la kat rumah kan.

Waktu nak berbuka puasa senang sikit, cari aje mana2 kedai makan yang berkenan ataupun beli juadah kat mana2 bazar ramadhan yang ada kat sana. But that time, kawan2 teringin nak makan nasi kerabu untuk berbuka puasa.

Apa yang terfikir dalam minda cuma Yati Percik. Tak payah cerita banyak pasal Yati Percik ni sebab memang dah famous. Kat Bangi dan USJ pun ada cawangan Yati Percik ni tapi akak dah makan kat USJ tu...rasanya tak sesedap nasi kerabu kat Yati Percik KB. 




We all pesan set nasi kerabu berlaukkan ayam percik dan solok lada, tak ketinggalan gulai darat daging yang memang popular kat KB. Pesan juga telur masin untuk melengkapkan hidangan.




Walaupun menunya cuma nasi kerabu tapi ada juga disediakan sup tulang dan kuih-muih untuk juadah sampingan. Kita boleh pilih kuih mana yang kita suka, just take and pay. Makan nasi kerabu kat situ memang tak hengat dunia, sedap.




Fresh orange dan kuih....erkk...akak tak tau nama tapi kuihnya ala2 buah melaka gitu, cuma tak manis sangat dan takde gula melaka di dalamnya...ini pilihan akak sebagai intro berbuka puasa. Namun, kurma tidak ketinggalan diberikan secara percuma.

Makan empat orang, kena caj dalam RM40.00++ aje....not bad la kan.



throwback: 10Binjai, PNB Park, KLCC

Throwback yang terobek. Last minute decided buat iftar kat 10Binjai, PNB Park. RM80 per head tapi guna orang dalam, dapat RM64 per...