tema warna raya kali ni : pink belacan


Mula2 dulu plan nak cari baju raya warna biru tapi bila dah menerjah ke kedai2 baju, susah juga nak cari biru yang sedondon. Akhirnya akak pilih warna pink belacan aje la sebagai tema warna raya kali ni. Kelako juga sebut warna pink belacan sebab tak semua belacan warna pink kan... Belacan kat rumah akak tu gelap je nampak...

Tambah kelako bila SRK kena pakai baju melayu warna pink belacan. Alahai...sesuai ker dengan kulit SRK yang tak berapa nak cerah tu.... Cari punya cari, akhirnya jumpa juga baju melayu warna pink belacan. Harapan SRK semoga dia sesuai memakai baju melayu tu nanti. Harap2 gitu la kan. *ketawa*




Owh...belacan segar gini yang warnanya pink. Kalau belacan yang dah lama tu, warnanya dah tukar gelap. Makin lama makin sedap.




Lebih kurang macam warna baju kurung ni la kan. Macam warna blog akak ni :)).  Harap2 pink belacan dapat menceriakan lagi suasana raya nanti.


Sumber foto : mr. google


Popular posts from this blog

mara digital

shah's beach resort, tanjung kling, melaka

pasar rakyat medan mara, KL