Monday, July 30, 2012

gulai masam ikan patin temerloh


Pagi2 Sabtu lepas terus balik kampung...best betul drive kalau jalan tak sesak. Seawal 6.50am, akak dah berangkat. Tak sabar nak berbuka puasa dengan mak dan abah kat kampung. Mak pun mesti excited nak jumpa cucu dia.

Taraaaaa....menu wajib bila balik kampung ialah gulai masam ikan patin hasil tangan mak. Kalau akak yang masak, tak jadi sedap macam mak masak.




Basuh ikan patin sampai bersih dan tak berbau hanyir. Basuh dengan air asam jawa dan toskan.




Masukkan bahan2 seperti bawang putih, bawang merah, halia dan serai. Serai diketuk sikit untuk mendapatkan lebih rasa.




Masukkan asam keping, bunga kantan dan daun kesum...kuantiti ikut kesesuaian. Tumbuk cili api, kunyit hidup dan garam, masukkan ke dalam periuk. Masukkan air secukupnya dan boleh la dimasak. Tunggu sampai ia mendidih lama dan kemudian kecikkan api dapur sehingga kuahnya nampak agak surut sedikit. 


...kualiti foto kurang memuaskan ...snap dengan henpon jek!...
Ini la hasilnya....makan nasi sampai bertambah :)).










6 comments:

  1. bestnyer dapat makan masakan mak..... huhu, x sabar balik raya nak makan masakan mak...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. ...gulai masam versi kakcik msti lg best kan :)

      Delete
  3. Ohh intan kakak sukalah masak rebus macam nie..

    ReplyDelete

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...