Friday, June 22, 2012

puding roti pandan





Semalam kelam-kabut beli bahan2 nak buat puding roti. Akak pun menerjah ke JJ Maluri untuk beli bahan2 tapi bila sampai rumah, tengok2 ada lagi bahan yang tak beli. Stok esen vanilla dah habis, you. Camna nak buat puding roti.

SRK cakap buat aje, guna bahan yang ada tu. Akak pun setuju sebab kalau akak bubuh esen vanilla pun, bukannya berebut-rebut orang nak makan puding roti tu :))

Dan..actually puding roti ni akak buat untuk majlis keraian kat ofis. Takde apa nak buat kan, lagipun nak buat dessert yang best2, akak tak reti.




Kali ni akak tak bakar atau kukus puding roti ni, tapi akak gunakan multi-purpose cooker aje. Quite ok, cuma ada kerak2 roti dan susu kat sebelah bawah. Maklum la, tukang masak amatur :))





Hasilnya macam ni la, kena makan dengan susu cair. Nak best lagi, susu cair tu kena bubuh esen vanilla sikit. Bahan2 nak buat puding roti pandan ni...

- roti butter-scotch
- 5 sudu gula
- 4 biji telur
- 1 sudu margerin
- 2 kotak kismis (kotak kecik) atau boleh guna mix-fruit
- 1 sudu perasa pandan
- 1 biji pisang ( hiris nipis2)
- 1 tin susu cair Ideal (brand ikut suka masing2)

iphone yang hilang

Kelmarin dapat kawan2 baru dari Jepun. One of them is an English teacher in Singapore and married to Singaporean. The other one (...