Monday, June 18, 2012

nasi lemak ampang jaya, boleh gitu?



Untuk sarapan pagi semalam, akak masak nasi lemak. Biasanya kalau sarapan nasi lemak, mesti lunch kami lewat sikit. Sebelum tu dah plan nak beli daun pandan, santan, timun dsb.nya. Alih2 ada pulak ofismate baik hati offer nak bawakan daun pandan.

Dah ada kawan offer, bukan takat daun pandan yang akak mintak. Abih segala jenis daun >> daun pandan, daun limau purut, limau purut, serai....pendek kata ada belaka. Bukan selalu kan :))

Sebab tu la nasi lemak ni akak namakan nasi lemak Ampang Jaya. Daun pandan dan serainya dari sana. Akak masak nasi lemak, bubuh bawang merah, bawang putih, serai, halia dan of course la daun pandan. Tumis sambal pun letak daun pandan, bagi wangi. Kena pulak ada lagi stok ikan bilis Langkawi, tambah sedap. 

Telur tu, SRK yang tolong goreng, dia taburkan sikit black pepper semasa menggoreng. SRK memang rajin ke dapur, alhamdullillah.




Akak lebih suka beli timun Jepun sebab lebih rangup dan bijinya kurang sikit. Si kecik pun makan timun ni, lebih2 lagi bila letak timun2 ni dalam mangkuk coco-crunch dia. Psikologi kan :))

mee kari chinese style

Semalam, tengahari lagi dah plan nak masak mee kari chinese style. Entah ler, tetiba teringin nak makan. SRK dan anak2 pun setuju ta...