Tuesday, June 19, 2012

mee rebus awal & akhir feat pisang goreng




Petang semalam akak puasa, biasa la kan dah saat2 akhir baru la terhegeh-hegeh nak ganti puasa. Bila tengok musabaqah Al-Quran dah mula kat TV, itu maknanya bulan Ramadan dah nak menjelma. Baru la tersedar daripada lamunan... :)

Oleh sebab nak memasak juadah berbuka puasa, akak yang selalunya kedekut nak bayar tol tapi semalam terus aje ikut highway sebab nak cepat sampai kat rumah. Trafik pun agak ok, so by 5.45pm dah tercegat kat depan rumah.

Masak mee rebus versi akak ni memang tak payah ikut resepi. Poyo kan...hehe. Blend / tumbuk semua bahan bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering. Udang kering banyak sikit pun ok. Tumis semua bahan2 ni dan masukkan serbuk kari daging sikit. Nak bagi naik rasa, bau dan warna. Masukkan daging dan air rebusan daging, masukkan juga keledek rebus yang telah dilenyek. Stok kacang tanah dan lengkuas takde, so akak abaikan aje.

Sesetengah orang suka masukkan taucu tapi kat rumah akak takde stok taucu pun. Then bubuh la garam dan gula sesedap rasa, tambah air sikit kalau terlalu pekat. Itu la hasilnya tapi akak jarang masak mee rebus ni sebab SRK tak minat nak makan...





Sempat juga goreng pisang yang ada 3-4 biji kat rumah. Pisang goreng ni laku kat rumah, best kan makan time petang2. Akak tak guna pun tepung khas untuk menggoreng, cuma kacau aje tepung dengan sedikit serbuk kunyit.

iphone yang hilang

Kelmarin dapat kawan2 baru dari Jepun. One of them is an English teacher in Singapore and married to Singaporean. The other one (...