Friday, June 29, 2012

makan-makan @ puchong perdana




Kalau akak malas nak memasak, tambah pulak stok lauk dalam ice box dah kering...alternatifnya ialah kami menerjah ke mana2 kedai makan yang food dia best. Salah satunya kedai Along Tomyam, Puchong Perdana. Memang ramai orang kat situ sebab food dia sedap dan service dia cepat.




Kami makan ikan siakap kukus limau, favourite SRK ni, makan kerabu sotong dan sayur kailan ikan masin. Agak2 kalau akak masak sendiri kat rumah, berapa kos semua? Jom kira....harga purata ikan siakap, RM9.90 seekor yang kecik, sotong 4-5 ekor dalam RM3.00, sayur kailan setengah ikat RM0.50. Harga "aksesori" nya pulak ada la dalam RM2.00 kot. Total, dalam RM15.00.




Campur nasi putih dan air, semuanya sekali kami makan RM57.00. Berbaloi ke tak?

ps: kualiti foto kurang menyenangkan, harap maaf...

8 comments:

  1. OK, kalau 4-5 orang makan..tak payah basuh pinggan mangkuk, kemas meja..

    ReplyDelete
  2. Memang berbaloi..dapat bawa balik perut yang kenyang dan tak paya susah nak kemas-mengemas dan cuci mencucikan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...perut kenyang, tak yah basuh pinggan dan yg penting...asben yg bayar hehe :))

      Delete
  3. Salam Inta,

    Selalu juga ke Puchong ni. Tapi tak pernah makan di Puchong Perdana. Selalunya kak ani akan makan tengahari di salah sebuah restoran di Bukit Puchong. Di sini sentiasa penuh mungkin sebab ada ayam kampong goreng dan masak lemak cili api.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...kak Ani makan kat kedai org kelantan tu ye? kami selalu jg makan kat situ...menepati selera..

      Delete

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...