Tuesday, May 8, 2012

nasi goreng : gelagat anak dara


Recently anak sulung akak yang duk belajar kat asrama tu masuk cooking contest. Actually bukan la contest sangat tapi lebih kepada assessment dia bagi subjek kemahiran hidup. So, dia dan dua kawannya pun masak nasi goreng. Tup2 dapat markah tertinggi lagi. Akak pun tak sangka sebab anak dara yang ni memang jenis malas nak ke dapur (menurun ummi dia kot..hehe).




...dimasak oleh Cik Qurratu'aini....kakak kepada si kecik.......

Tu dia percubaan pertama si kakak masak nasi goreng. Rasanya boleh tahan tapi tawar sikit, still tak berapa reti nak imbangkan rasa masin nasi tu. Dan tak goreng rata2 nasi tu, so that still ada nampak nasi putih.


....masih lagi dimasak oleh Cik Qurratu'aini....second try...

Second time masak, ada improvement. Dah pandai letak mix vegetables kat dalam nasi. Rasa masinnya nasi pun dah agak sesuai. Kalau macam ni, ummi dia boleh goyang kaki la.


...fresh orange made by Cik Qasrina....si kecik tu....

Yang bestnya this time siap ada fresh orange, si kecik tu tibai blender mak akak yang dah banyak kesan lada hehe....nasib baik tak ada rasa lada. 

Moral of the story, latih la anak2 memasak dari kecik lagi. Moga2 dah besar nanti tak la jadi buta memasak.











king patin

I am a die hard fan of ikan patin. Of coz la kan sebab akak asal dari Bandar Ikan Patin. Kalau balik kampung, gulai ikan patin ...