Saturday, May 5, 2012

meehoon goreng Singapore


...meehoon goreng Singapore, versi intanrh....

Lately akak kurangkan makan nasi, kalau boleh sekali sehari aje makan nasi. Tapi kadang2 tak boleh nak elak sebab nak temankan SRK makan nasi. Tak berteman nanti kecik hati pulak. Orang kata lelaki yang dah masuk umur 40an ni lagi sensitif.

So, last night cuma masak meehoon goreng Singapore. Nasib baik SRK pun setuju nak makan meehoon sebab dia lunch dah lewat, still rasa kenyang. Si kecik pulak ikut aje.

Meehoon goreng Singapore versi akak mudah aje. Tapi bila sebut Singapore, hasil gorengan meehoon nya mestilah putih atau pucat aje. Kalau dah berkaler brown kemerahan atau kehitaman, bukan la meehoon Singapore namanya.

Bahan2 yang akak guna, bawang putih, udang, sos tiram sikit, telur, sayur sawi, taugeh dan lobak merah. Kalau suka tumbuk sikit ikan bilis, bagi ada rasa. Akak tak guna bawang merah pun. Kalau nak bubuh ayam pun boleh. Simple.

throwback: 10Binjai, PNB Park, KLCC

Throwback yang terobek. Last minute decided buat iftar kat 10Binjai, PNB Park. RM80 per head tapi guna orang dalam, dapat RM64 per...