Monday, April 9, 2012

weekend activity : hutan simpan ayer hitam


Dah lama akak tak exercise, either pergi jogging atau berjalan2 kat padang rekreasi. Bila tak berapa ada masa nak exercise ni, memang badan rasa berat. Well, tengokkan cuaca yang selalu hujan pada sebelah petang, memang susah sikit nak exercise kat luar. Alat exercise untuk sit-up ada kat rumah tu tapi buat perhiasan aje :).

Petang semalam, berpakat dari awal dengan SRK dan anak kecik akak untuk pergi daki bukit. Selalunya orang cina yang suka mendaki bukit ni, pagi petang ada. Seawal jam 7 pagi, dah berderet kereta kat kaki bukit. Alhamdulillah, jadi juga plan kami nak mendaki bukit.



Anak kecik akak penuh semangat nak mendaki bukit, siap bekal air sebotol. Ini jalan mula masuk ke kawasan hutan simpan. Dah ada denai yang luas, itu menunjukkan dah ramai orang yang mendaki bukit ni. 



Tanpa SRK, tak mungkin akak pergi mendaki berdua dengan anak kecik aje sebab agak sunyi tempat ni. Tambahan pula banyak monyet2 yang selalu melepak kat tepi2 jalan untuk cari makan. SRK melangkah dengan confident...



Dah mula mendaki bukit, keadaan tanah kat kawasan ni banyak berbatu. Kalau lepas hujan, tak selamat kot untuk mendaki bukit ni.





Level 1 dah sampai, boleh view kawasan perumahan persekitaran. Jelas nampak rumah akak dari sini. Dah boleh nampak sebahagian Bandar Puteri. Luas mata memandang. Tapi perjalanan baru bermula.



Nampak signboard Jabatan Hutan Negeri Selangor. Banyak peringatan diberikan. Sebenarnya nak jumpa dengan signboard ni, akak dah mendaki satu lereng bukit yang tinggi dalam 100 meter gitu. Sambil naik bukit tadi, mengah bagai nak rak...nak pegang kamera pun tak larat..hehe



Lepas dah mengah naik bukit, turun bukit pulak. Ada disediakan tali pemegang di sesetengah tempat yang curam dan agak bahaya. Tapi dont worry, InshaAllah selamat.



Si kecik ni memang boleh tahan energy dia, siap boleh berehat dan posing sementara tunggu ummi dia sampai. SRK dah daki nun jauh ke depan. Bila akak dah jauh tertinggal, mula la melaung kat SRK suruh tunggu..hehe..



Jumpa pula anak sungai yang airnya jernih sangat tapi mungkin tak sesuai untuk diminum. Itu kata SRK, dia yang banyak experience duk dalam hutan. Bila dah jumpa anak sungai ni bermakna kami dah hampir tiga suku pusingan bukit ni. So tired.



At last after one hour and 45 minutes, kami menghabiskan satu pusingan mendaki dan menuruni bukit. Tempoh ni sebenarnya untuk orang2 yang baru dalam aktiviti ini. Kalau dah biasa, boleh habiskan dalam masa sejam lebih sikit je. 

Terasa sakit juga betis dan kaki akak ni..huhu..tapi memang best!

5 comments:

  1. wah!!!!! bestnyer kalu dah sampai ke puncak kan, lege n hilang penat.. tapi turun ok ke kak intan?...

    ReplyDelete
  2. Wah... hebat juga intan. Kalau nak lawan dgn anak dara kecik tu memang kita tak bolehlah intan. Mereka nie kat sekolah tiap-tiap minggu ada pendidikan jasmani kita ni tak rutin macam mereka. Selain tu mereka main kejar-kejar kita adalah kejar kat dapur keluar dapur hihi...

    Best tempat intan ada tempat rekreasi macam ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kak, kita ni jarang bersenam. Bersenam ngemas rumah je :))

      Delete
  3. Salam Intan,

    Lama tak baca cerita Intan. Kadang2 susah nak masuk blog intan, tak tahu sebab apa.

    Apa pun akak bahagia tengok intan anak beranak sihat dan boleh mendaki bukit lagi.

    ReplyDelete

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...