Tuesday, April 10, 2012

happy birthday sayang, ummi luv u very much




Thank you pada Kak Par yang terror buat cup cakes ni...
but her name should be Qasrina not Qistina... :))
p/s: ooopppsss...satu cup cakes dah lesap dalam perut ummi nya...


Terasa baru lagi anak kecik akak ni lahir ke dunia. Masih teringat waktu melahirkan si kecik ni, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) belum lagi dibina. Maka, akak dimasukkan ke Hospital Mentakab. Beberapa jam sebelum si kecik ni lahir, ada la sorang nurse kat situ bagi akak minum sejenis air (ubat?). Katanya nak bagi cepat bersalin. Akak minum tapi rasanya macam air karat atau air 100 plus yang dah expired kot. Senang cerita kalau kita bau air yang ada besi2 karat dalamnya...akak rasa air yang diberi macam tu la.

10 minit lepas minum air karat, terus akak muntah teruk. Tak sempat nak ke toilet, akak main muntah kat longkang tepi wad tu aje. Nasib la makcik cleaner kena bersihkan. Akak tak berdaya waktu tu. Entah air apa yang nurse suruh minum. Hampeh. Nasib tak effect apa-apa kat baby.

Alhamdullillah segalanya selamat. Nurse2 tu cakap baby yang lahir fotokopi muka akak. Hilang semua sakit. Yang ada cuma kegembiraan, terharu dan bangga. 

Selamat hari lahir yang ke-10, sayang.

throwback: 10Binjai, PNB Park, KLCC

Throwback yang terobek. Last minute decided buat iftar kat 10Binjai, PNB Park. RM80 per head tapi guna orang dalam, dapat RM64 per...