Pic from google...
Lagi, akak makan kat luar. Dalam erti kata lain, akak tak memasak kat rumah. Ada kawan akak cakap, maklumlah mak moden. Tapi bukan pasal mak moden atau apa tapi SRK yang ajak makan kat luar, sempena birthday anak kecik dia Selasa baru ni.
Tak jauh makannya, hanya sekitar Bandar Puteri juga. Kami ke Restoran Baser, tak jauh dari restoran Chinese Muslim yang menjadi favourite kami. Actually tauke kedua-dua restoran ni adalah bersaudara. Cuma, Restoran Baser telah dijejaki oleh krew-krew JJCM TV3 dan susunatur dalam kedainya lebih menarik. Kalau susunatur kedai menarik, ditambah pulak dengan rasa makanan yang best, mesti ramai pelanggannya kan.
Akak dan anak kecik minum air epal asam boi. Sedap bangat sih. Then si kecik ni makan nasi ayam biasa, ayamnya nampak macam digoreng sedikit.
Seronok bukan main budak kecik ni, pantang cakap nak snap gambar. Sengih memanjang gayanya. Tapi makan nasi tak habis sokmo...macamana nak berisi badan tu..isk3x.
Nak rasa kelainan sikit, akak makan nasi ayam dengan ayamnya yang dimasak dengan black pepper. Agaknya akak ni memang suka black pepper kan. Ayam tu memang dimasak macam kita masak ayam masak kicap dan dicampur dengan black pepper. Cuma kicapnya tak banyak, secukup rasa aje.
Not bad restoran ni.
hepi belated beday adik...
ReplyDeletesuh ummi beli weight gain kasi body mantop ye...
hehehe
tqvm auntie niz... :))
Delete