Saturday, January 14, 2012

nasi kerabu tumisan budu

Sumber : Mr.Google yang bijak tak kira masa...

Me belek2 magazine lama, terjumpa pulak resepi nasi kerabu. Memang dah lama me berhajat nak masak nasi kerabu sendiri tapi oleh kerana me tak expert nak masak "tumisan" nya tu, maka hajat me tu hanya tinggal hajat..hehe.  My huby memang fanatik pada nasi kerabu dan nasi berlauk, maybe sebab citarasa kampung dia masih menebal. Anak2 me pun suka makan nasi kerabu. Nasib baik kat area rumah me tu, ada jugak orang Kelate yang berjual nasi kerabu walaupun takde la mengancam sangat rasanya.  Pada me, kesedapan nasi kerabu ni bergantung kepada tumisan, budu dan kerabunya. Kalau semua benda2 ni sedap, matchkan dengan nasi putih pun ok. Tak perlu dah nak cari nasi kerabu warna biru (biru ker?).



Tak la susah sangat kan nak masak nasi kerabu ni. Paling me suka makan dengan ikan rebus goreng atau daging bakar. Lately banyak makan dengan ayam bakar. Pun sedap. Budu pulak, me suka budu cap Ketereh, kaler dia agak merah2 gitu. Senang je nak beli, banyak kat supermarket. Tapi kalau you all pernah tengok macamana orang sebelah Pengkalan Kubur nun buat budu, me rasa sure you all tak sanggup nak makan budu :)

Makan nasi putih dengan ikan rebus cicah budu pun sedap.



pantai kemasik

Last two days, kami sekeluarga ke Dungun untuk menghantar anak dara yang dah mula kuliahnya semalam. Great, semalam juga birthday dia yan...