Friday, January 20, 2012

ikan lampang


Semalam me ke luar daerah, bukan jauh mana pun. Me menerjah ke kampung sendiri. Dah lama tak menjenguk ofis lama me. Kesempatan jumpa dengan ofismate lama memang boleh buat keadaan jadi "gamat". Kebetulan juga, me dikhabarkan dengan berita pemergian ex-ofismate yang meninggal disebabkan kes langgar lari. Takziah untuk keluarga Allahyarham. Al-Fatihah.

End.

Sampai semula di KL semalam, dah dekat pukul 7pm. Bila me keluar ofis time ni, dah dapat agak macamana sesaknya jalan yang nak me lalu. Ingatkan nak CNY ni, jalan jadi lengang sikit. Rupanya tidak. Huh.

End.

Masak apa malam tadi? Me dan kawan2 ada beli ikan patin on the way kami nak balik ke KL. Lunch semalam pun kami dah pulun makan ikan patin tempoyak, ikan lampang goreng dan masak lemak. Kawan me makan sampai bertambah nasi, lapar sangat rupanya dia hehe. Yang kat bawah ni ikan lampang jawa. 



Malam tadi me makan ikan patin lagi tapi me cuma goreng. Goreng pun sedap weh. SRK yang suruh me beli ikan patin, dah rindu dia nak makan ikan patin walaupun satu ketika dulu SRK ni tak nak jamah sikit pun kalau masak ikan patin. Tapi since dah lama jadi sebahagian daripada orang bandar ikan patin, lama-kelamaan SRK dah ketagih ikan patin :)

pantai kemasik

Last two days, kami sekeluarga ke Dungun untuk menghantar anak dara yang dah mula kuliahnya semalam. Great, semalam juga birthday dia yan...