Thursday, September 8, 2011

ayam bakar madu


Lepas cuti raya gini, me macam takde mood pulak nak update blog tapi rajin nak baca cerita kawan2. Me masuk kerja kelmarin, usai hantar abah me untuk check-up kat HOSHAS. Doc cakap abah me tak berapa sihat, jantungnya bengkak dan sebelah paru2 berair. Me dah agak sebab abah me memang heavy smoker.

Balik ke kota, ice box pun dah kering kontang sebab sebelum cuti panjang, me memang dah mengosongkan ice box. Semalam SRK cuma beli ayam dan atas request anak kecik me yang berjaya berpuasa penuh tahun ini, me masak la ayam bakar madu.

Me cuma perapkan ayam dengan bawang putih dan bawang besar yang me kisar. Tabur garam dan kunyit sikit serta lumurkan ayam dengan madu. Perap selama 15 - 20 minit, lagi lama lagi bagus. Then me bakar atas ceper.

iphone yang hilang

Kelmarin dapat kawan2 baru dari Jepun. One of them is an English teacher in Singapore and married to Singaporean. The other one (...