Monday, August 8, 2011

lala pedas + sambal udang kering



Me sangat suka weekend sebab banyak kerja yang boleh me settlekan. Boleh jalan-jalan ke pasar, cari bahan untuk masak. Tapi tak sangka cempedak menjadi nangka. Hari Sabtu lepas memang jalan sesak teruk. Me nak ke pasar pun susah. Seolah-olah macam nak raya je esoknya. Padahal baru 6 Syawal.

Well, me dan SRK memilih untuk merempit je ke pasar, lagi mudah dan cepat kan.

Tanya harga ikan siakap, dah macam harga ikan tenggiri. Mahal betul, seekor cecah RM14.00. Kat Giant RM10.00 tapi tak berapa nak fresh gitu. Tanya ikan merah, sama juga mahalnya. Yang murah of course ikan selayang kan.

At last, me beli lala. Cari lala warna hitam yang macam selalu me beli masa di New Castle dulu tapi tak ada. So me beli la lala yang ada, RM10.00 sekilo. Quite expensive kan.

Bahan-bahan versi me, untuk buat lala masak pedas >> bawang putih, sos tiram, cili padi, cili boh (sikit aje), sos tomato, garam, gula dan serbuk perasa (jika suka). Tumis je semua dan masukkan lala. Sepatutnya tabur daun bawang tapi dalam versi ni, me lupa beli  :)





Meanwhile SRK yang dah lama tak ke dapur, terus capai lesung batu dan mula menumbuk sambal versi dia. Tumbuk sambal udang kering. Tumbuk cili api, bawang putih (1 cm), sedikit garam dan udang kering yang telah di sangai. Perah limau kasturi sikit. Simple tapi jadi pelengkap hidangan.



iphone yang hilang

Kelmarin dapat kawan2 baru dari Jepun. One of them is an English teacher in Singapore and married to Singaporean. The other one (...