Monday, September 25, 2017

mee kicap ipoh








Throwback the moment.

Teringat semula sebab teringatkan kesedapan mee kicap ni. Makan kat gerai jek tapi customer memang ramai kat gerai tu. Gerai yang famous kat Ipoh, katanya. Ada kesempatan, memang akak singgah. Why not? Dah pernah makan di tempat lain di Perak tapi rasanya agak berbeza. Mee kicap yang ini lagi best, sedap. Rasa nak tambah tapi perut dah tak boleh terima. In Shaa Allah one day boleh repeat lagi.

Simple tapi sedap. Nak buat sendiri, macam tak sampai rasa nak buat bahan2 kicap dan sambal tu. Sup tauhu tu memang match dengan mee kicap ni. Tambah lagi akak memang suka sup. Memang terbaik la. Tapi ada juga sahabat yang "tak reti" nak makan mee kicap ni. Katanya, how to eat? Alamak. Akak ni lidah tak berkira, apa2 menu baru atau pelik atau tradisional, akak boleh rasa. Walaupun suka western food tapi lauk kampung memang tak tolak.

Tak sangka memang wujud lagi "city boy" atau "city girl" ye. Lauk kampung tak reti nak makan.. =). Tapi mee kicap ni bukan menu kampung maaa...ni makanan warisan setempat.