Friday, January 13, 2017

pelapis atlit kayak


SALAM JUMAAT YANG PENUH BAROKAH





Seniors dalam Kelab Kayak KL ni panggil budak2 ni pelapis junior. Ye la aktif kayak bermula daripada umur 13 tahun lagi. Kalau parents yang "ada2" sikit, boleh la beli kayak dan pedal sendiri tapi akak tak mampu lagi nak beli kan. Lagipun..ada keperluan lain yang lebih penting. As long boleh guna kayak yang ada kat stor derang tu, alhamdullillah.

Tu aksi2 masa anak dara training polo air. One reason kenapa anak dara ni tak bagi ummi dia tengok dia main kayak atau polo air is...bimbang ummi nya "menjerit-jerit' sorang, takut anak jatuh dalam tasik! =)






Of coz perasaan bimbang tu sentiasa ada , even tengok pics macam ni pun...hati dah berdebar, risau. SRK kata akak kena ada rasa confident dengan anak sebab..anak tu dah lama training. Keduanya keliling dia ada orang2 lain yang sentiasa bersedia sekiranya berlaku apa2. Mohon dijauhkan daripada semua tu..

Tu akak tak tengok masa ada game sebenar lagi. Kat tasik tu berserabut dengan atlit2 kayak, macam orang main bolasepak la. Berebut bola sedaya mungkin. Terlanggar kayak sana-sini. Adoiii...







Tarik nafas dalam2... Yup! Akak kena ada rasa confident dengan anak dara ni sebab almost everyday dia training dan coaches sentiasa jaga keselamatan budak2 ni. Kena terus bagi support untuk dia capai impian nak jadi atlit dalam SUKMA nanti. Hopefully akan jadi kenyataan...Aamiin.

Setiap hari akan ada cerita berbeza daripada budak ni. Latest...cerita pasal macamana dia dah pandai nak pusingkan kayak kalau kayak terbalik dalam air, tanpa keluar daripada kayak. Mak aiiii..."tu maknanya adik tenggelam dalam air untuk beberapa ketika..la ye?", akak tanya dia. Dia jawab.."mesti la ummi, terror tak adik?"

I cannot imagine! Risau.






At the right, one of her best friends merangkap satu2nya kawan yang masih setia dan aktif main kayak. Memang dua2 komited dengan aktiviti ni, tak dinafikan. Kebetulan dua2 akhiran sebutan nama yang serupa, Rina dan Rena. And I am proud of them. 

Kebetulan lagi, Rena, my daughter's friend ni dah masuk kelas yang sama dengan Rina this year. Aktif outdoor activities dan duduk dalam kelas yang pertama. Good improvement. Boleh sama2 manage time nak main kayak dan buat revision.

Throwback whatsapp anak tengahari semalam, "Ummi, cikgu dah habiskan topik poligon". Waahhh...within 2 days je, dah settled satu topik. Laju.






Aksi2 yang best tu yang penting =). Tapi pics ni semua anak tak sedar ada orang candid. So, ni bukan aksi yang dibuat-buat. Nowadays dah demand dengan baju2 yang nak dipakai untuk main kayak, especially bila ada game. Dah ada collection dalam almari. Tapi alhamdullillah sebahagian besarnya dia beli dengan duit simpanan dia sendiri. Akak cuma topup sikit2 jek.






Ni antara kawan2 kayak dia. Sebahagian daripadanya memang budak2 sekolah. Selebihnya belia 20an. Ada parent yang memang derang sendiri involved dengan aktiviti ni, so no problem dengan anak..join sekali la. Ada jugek club member yang dah kawen. So tak kira umur nak join aktiviti ni, boleh jek tapi at least kena ada basic skill berenang.

Yang bestnya setiap kali ada game kat mana2, kelab sponsor makan/minum dan penginapan atlit2. So no worries about that. In Shaa Allah atlit2 senior ni jaga atlit2 junior ni macam keluarga sendiri. Cuma as a mother, memang la kena text anak beberapa kali sehari untuk memastikan anak okay.







king patin

I am a die hard fan of ikan patin. Of coz la kan sebab akak asal dari Bandar Ikan Patin. Kalau balik kampung, gulai ikan patin ...