Tuesday, January 24, 2017

gulai lemak ikan kering









What you expect untuk makan makanan yang sihat, tidak berminyak dan tidak berlemak tapi dalam masa yang sama your husband request nak makan gulai lemak ikan kering dan udang goreng? 

Jawapan:  Makan je la gulai lemak ikan kering tu, bersama2 dengan husband supaya husband rasa happy =) 

Actually akak ada option, boleh masak gulai lemak ikan kering ni tapi tak payah makan, makan food lain yang tidak berlemak. Tapi akak bukan rajin sangat nak masak banyak2 tapi yang nak makannya cuma tiga orang...hehe. Baik la akak makan sekali kan. Untung2 tak boleh kontrol nafsu makan, boleh tambah nasi! Lebur diet akak tau. SRK ni kalau bab makan, dia memang kurang support sebab dia nak makan lauk sedap2.. =)

So, masak la gulai lemak ikan kering (campur dengan serbuk kari ikan sikit), goreng udang kecik2 dan rebus brokoli. Brokoli tu memang akak rebus plain gitu je, bila dah masak dan toskan air, tabur black pepper dan garam sikit. Dah sedap. Ni makanan sihat namanya. Eh...udang kecik2 ni apa ke namanya? Beli seplastik, balik rumah terus goreng garing2. Boleh makan macam makan kerepek je. Rugi beli sikit.

Ni menu keluarga untuk parents yang busy macam akak dan SRK. Tiap2 hari balik malam, ada kurang lebih satu jam je untuk prepare dinner. Then, kerja2 lain dah menunggu. Nak iron baju, basuh baju, lipat baju, tu semua aktiviti rutin yang kadang2 akak tak buat pun...hehehehe. Owh..iron baju je yang wajib tiap2 malam sebab akak tak rajin nak iron baju sekaligus untuk seminggu. 

Owh ye, timun tu timun biasa je. Kalau masak dengan timun kuning tu, lagi sedap rasanya. Tu pun ternampak ada timun dalam peti ais, ambik..potong dan campak2 je dalam periuk.

Oleh kerana diet akak dah banyak kali lebur dek kerana SRK suka makan gulai lemak dan kari, jadi macam kena ada double usaha...huhuhu

No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...