Tuesday, March 1, 2016

cinta tak semestinya bersatu








Tajuk entri bukan main lagi, tak boleh blah la..kan. Saja.

Terbusy dengan hal2 duniawi. Kadang2 rasa blank sebab kita ni sebagai manusia setiap hari tak abih2 mengejar hal2 duniawi yang mana benda2 ni semua tak bantu banyak pun untuk kita masuk ke dunia yang kekal. Tapi itu la kehidupan.

Dah sebulan lebih duduk kat rumah yang baharu kami pindah, bukan rumah baharu pun dan bukan rumah kami sendiri pun. Rasa lega yang amat sangat bila mana semua masalah berkaitan dengan rumah, dah hampir selesai. Alhamdullillah. Dengan berkat kesabaran dan tolak-ansur yang perlu ada dalam diri kita, In Shaa Allah tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan.

Best jugek duduk rumah yang ini sebab boleh view pemandangan yang macam2, boleh nampak KLCC, boleh tengok KL Tower, boleh tinjau First World Genting Highland, boleh skodeng traffic jammed...etc. Ada la something nak tengok kan. Cuma 1st experience during CNY baru2 ni, kami tak dapat nak lelapkan mata sebab dihujani bunyi mercun yang tak henti2. Okay, fine. Sabo tu separuh daripada iman.





Yang ini akhirnya cinta bersatu, kalau dah jodoh tak ke mana antara adik akak dengan isterinya yang muka ala2 arab pakistan gitu. Rezeki adik. Pencarian yang berakhir dengan penerimaan yang ikhlas, tidak mementingkan harta benda. Yang penting, sehati sejiwa dan ikhlas menerima satu sama lain seadanya.





Zaman sekarang kan, barang2 hantaran pilih dan beli sendiri, lepas tu tukar jek. So, suka hati pengantin ler nak beli barang apa yang dia suka kan, parents dah tak kisah...malas nak fikir banyak. Kalau zaman dulu2, kita tak tau pun dapat hantaran apa, surprise sikit kan.






Boleh pilih kain pasang yang kita suka, pilih favourite color gitu. Mak mertua tak marah punya... :). So, kain ni my SIL yang beli sendiri. Cantik kain ni, kalau beli extra untuk akak pun okay.... =).






Handbag pun bukan main pilih lagi kan. Yang penting logo tu kena tayang depan...hehe. Kalau logo gambo naik kuda gitu, orang pompuan mesti tahu punya kan. Akak pun suka brand ni, banyak sales kat Sogo.






Barang hantaran yang ini paling tak boleh blah. Tau la lasak, paling sempoi la gayanya. Ada we all kisah sebab ini la trend orang zaman sekarang. Macam2 hantaran yang gempak dan masyarakat semakin menerima perubahan...

Peace :)

Semoga masjid yang baru dibina kekal hingga ke Jannah.






iphone yang hilang

Kelmarin dapat kawan2 baru dari Jepun. One of them is an English teacher in Singapore and married to Singaporean. The other one (...