Thursday, January 14, 2016

muzium Pekan




Lama tak bersiaran, sebab sibuk settlekan hal-hal duniawi. :(

Dah 3 minggu berturut-turut berulang-alik ke bandar bauksit, untuk settlekan hal rumah kami yang dah dirosakkan oleh penyewa dulu. Kali ketiga pergi sana, anak2 dah malas nak "masuk campur", nak buat hal sendiri.

Dalam banyak2 tempat, Muzium Pekan jadi sasaran budak2 ni. Entah sapa punya idea la tapi nampak interesting.





Bersiar-siar dengan ditemani 2 orang mak sedara derang, syok jugak kot visit Muzium Pekan ni. Untuk makluman pada yang tak tau, Pekan adalah Bandar DiRaja Pahang, okay. 

Akak pun tak pernah menerjah ke situ :)





Ini replika syiling lama, katanya. Syiling tahun berapa pun akak tak pasti sebab yang cerita pasal syiling ni, anak dara yang pakai tudung merah tu.





Ini la rupa kereta bomba lama, kot?

Kakaknya malu2 nak posing atas kereta ni, so adik je yang selamba. Budak ni memang jenis selamba sikit. 





Muzium Pekan atau Muzium Sultan Abu Bakar ni katanya dalam sejarah, antara bangunan lama yang ada sejarahnya tersendiri. Bangunan asalnya ialah bangunan kayu 2 tingkat yang dibina oleh orang Inggeris pada tahun 1888. 





Pada tahun 1970 (akak belum lahir lagi...), PM pada ketika itu yang merupakan ayah kepada PM sekarang, telah membuat perjumpaan dengan penduduk dan mengusulkan supaya diwujudkan muzium untuk pameran sejarah negeri Pahang. Pembukaan rasmi muzium adalah pada Oktober 1976. 






Budak2 ni kalau suruh berposing, makan pun tak hengat kan. Tapi suruh pergi buat audition photo shoot, tak nak pulak. Mana tau kan sesuai jadi model iklan tudung ke....iklan ubat gigi ke... :)





Ada mitos mengatakan, muzium ni berhantu tapi tak ada fakta sahih. Cuma kalau cakap pasal hantu kat rumah rehat Pekan tu, akak ada la pengalaman. Bercakap dengan fakta, rumah rehat tu memang ada penghuni lain. Allahualam.





Ada satu rumah lama Pahang yang dipamerkan kat muzium ni, dibawa khas dari kampung akak. Tak pasti masih wujud atau tidak tapi memang rumah ori, tak diubah apa2 pun.





Sekali-sekala menerjah ke tempat bersejarah macam ni, okay jugek untuk anak2. Sekurang2nya boleh proud dengan negeri sendiri, kan.



throwback: 10Binjai, PNB Park, KLCC

Throwback yang terobek. Last minute decided buat iftar kat 10Binjai, PNB Park. RM80 per head tapi guna orang dalam, dapat RM64 per...