Wednesday, December 30, 2015

nasi lemak tanglin




sumber : mr. google


Semalam seharian akak ke Batu Gajah, Perak. Menerjah ke satu tempat yang berdekatan dengan Kampung Pisang. Rupa2nya cerita zombi kampung pisang tu memang real buat kat Kampung Pisang ek?

Menyusuri nostalgia kat Kelly's Castle, nampak suram tapi sekarang ni kalau nak masuk, tak ada yang percuma. Kena bayar dan masuk layan diri sendiri. Even masuk toilet pun kena bayar kan =)

Sebelum masuk highway PLUS, singgah kat Tanglin untuk breakfast. Penuh dengan abang2 dan kakak2 polis kan kat situ. Dah lama tak singgah makan nasi lemak kat Tanglin sebab kalau nak harap drive sendiri, akak tak mahir jalan ke situ. Bimbang sesat weh...

Tengok kan punya ramai orang beratur nak makan nasi lemak tu, akak terus makan meehoon jek, beli kat kedai lain. Then, terus duduk kat kawasan open air belakang kedai tu. Baru nak duduk dah kena sound dengan abang bertopi (tauke kedai kot) sebab akak tak makan nasi lemak dari kedai dia, so kena duduk kat tempat lain.

Tengok kan kedai2 lain macam free seating jek. Sukahati korang nak duduk mana asalkan ada kerusi kosong. Tetiba brader ni nak sound pulak. 

Okay, no komen. Rambut sama hitam kan, dalam hati sapa yang tau.




throwback: 10Binjai, PNB Park, KLCC

Throwback yang terobek. Last minute decided buat iftar kat 10Binjai, PNB Park. RM80 per head tapi guna orang dalam, dapat RM64 per...