Friday, December 4, 2015

rumah prima







Selepas meronda kat pesta buku hari tu, akak terus naik ke tingkat atas untuk meronda kat pameran perumahan prima pulak. Ramai orang kat situ, cabutan bertuah sedang berlangsung. Kaunter pendaftaran dibuka kepada orang ramai tapi akak dah pun mendaftar secara online. Dah pun buat pilihan lokasi.

Bercadang juga nak memiliki rumah prima kat area Kuantan. Kalau tak Gambang, kat Bandar Damansara, Kuantan pun okay jugek.  Rumah teres setingkat baru RM163,000.00. Sama dengan harga flat kos rendah kat KL ni.






Menggunakan model kanak2 yang sama, tu antara senarai projek rumah prima yang dilaksanakan kat KL. Kalau tengokkan lokasi2 tu, semua tempat sesak kan. Tapi kalau ada rezeki, apa salahnya.

Teringat rumah akak yang bukan projek prima kat Kuantan tu. Masuk bulan ni bermakna dah dua bulan penyewa tak bayar sewa. Whatsapp tak reply, call lagi la tak nak jawab. Betul la orang cakap, rambut sama hitam tapi hati perut tak ada sapa yang tau.

Muka lembut tak semestinya baik, muka gangster tak semestinya jahat kan.

No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...