Thursday, October 8, 2015

sambal tomato vs. pancake







Malam tadi masak simple2 jek, makan berdua dengan anak dara sebab SRK ada hal, jam 11.45pm baru dia sampai rumah. Tapi dia still nak dinner kat rumah sebab dia memang type yang kurang minat makan nasi kat luar. Sebab dia makan banyak... :)

Simple sangat menu malam tadi, singgang ikan selayang, buat dua ekor jek. Goreng ikan jaket untuk anak dara. Ikan jaket ni sumbat dulu dengan cili boh + bawang + kunyit + garam sebelum goreng. Makan panas2 memang sedap. Then buat sayur air bayam, buat seikat kecik je...bimbang tak abih makan. Last sekali buat sambal tomato, penambah selera.

Sambal tomato ni akak tumbuk dulu cili api dan ikan bilis. Lepas tu tumis sikit, hiris bawang merah dan masukkan sekali untuk ditumis. Dah agak masak, baru la masukkan buah tomato. Masa tumbuk tadi dah bubuh garam sikit. Memang best makan dengan nasi ni...macam sambal hitam Pahang la lebih kurang fungsinya. Yang penting, SRK suka.



Pancake atau lempeng ni  menu minum petang yang disediakan oleh SRK, kelmarin.
Hati isteri mana yang tak berbunga2 bila balik kerja...buka pintu jek dah nampak tersedia pancake...uolls.
Bismillah...terus makan jek la.


Minum petang kelmarin dulu. Balik awal dari ofis tapi sampai rumah jam 6.00pm juga.

One thing yang akak tak puashati ialah bila akak masak pancake, tak jadi cantik macam SRK masak. Heran betul...hehe. Maybe sebab ingredients nya yang berbeza. So, oleh kerana SRK masak pancake lagi cantik, elok la dia take over terus... =).

Pancake ni menu wajib masa akak kecik2 dulu, selain daripada cekodok bilis. Kalau mak yang buat pancake dan cekodok, memang tak cukup kami makan adik-beradik. Eh...adik-beradik ada tiga orang jek...bukannya ramai.. Menu yang tak jemu, evergreen.




No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...