Wednesday, October 7, 2015

menu zon jerebu



Ada kawan tanya macamana akak basuh daging kambing supaya tak berbau hamis. Actually daripada proses mula sembelih lagi dah memainkan peranan. Kalau orang tak reti sembelih, memang daging akan berbau hamis. Hari tu, akak basuh daging kambing guna tepung gandum dan daun kari. Then my mom cakap boleh jugek basuh guna air limau kasturi atau limau nipis. In Shaa Allah daging tak berbau hamis bila masak nanti.

Tapi kambing kan sinonim dengan tabiat tak mandi, mesti la berbau kan.




Goreng kacang buncis dengan daging kambing, korang pernah masak?? Mesti jarang dengar kan tapi akak masak. Sama macam kaedah goreng dengan daging lembu atau kerbau, tak ada beza. Sedap.





Dah lama tak masak stew ayam...memang lama sangat dah. Entah macamana teringat nak masak stew ayam, terus buat. Patut bubuh lobak merah nak bagi rasa manis dan kaler sikit tapi akak bubuh kobis jek sebab tak ada lobak merah. Nak bagi ada rasa masam sikit, patutnya ada buah tomato tapi stok dah abih. Ganti dengan air lemon. Okay jek kot.

Stew ayam pun tak susah nak masak. Budak2 pun reti nak masak.





Ada pulak mee goreng versi untuk budak2. Campur sayur sikit2 jek, bubuh ayam dan fish cake. Akak kalau masak mee goreng, mesti bubuh sos tomato, sos cili, kicap manis, kicap masin, sos tiram dan kicap pekat untuk kaler.

Ni la menu zon jerebu :)





mee kari chinese style

Semalam, tengahari lagi dah plan nak masak mee kari chinese style. Entah ler, tetiba teringin nak makan. SRK dan anak2 pun setuju ta...