Saturday, March 14, 2015

After 18 years, this is my loves






After several years, this is my love. Sekejap je rasanya, baru lagi rasanya budak2 ni lahir. Sorang lahir di Kubang Kerian, sorang lagi di Mentakab. Punya raut muka yang berbeza dan perangai yang sangat kontra. Selalu 'bergaduh' kalau berjumpa tapi sering merindu jika lama terpisah. Teringat macamana akak dan SRK berebut nak bubuh nama anak2, akhirnya kedua2 nama pilihan didaftarkan. Waktu si kakak menduduki upsr, balik rumah komplen kat ummi sebab dia tak muat nak tulis nama kat kotak nama. Lucu.

Now, si kakak dah form 5, calon SPM tahun ni. Dah jadi senior kat asrama, dah remaja. Dah pandai pakai basic make-up. Kalau ummi pakai compact powder, dia pun nak compact powder. Dah memilih bila nak bergaya. 




Adiknya lahir di Mentakab, di hospital yang sama dengan umminya. Manja tersangat sebab tu kadang2 akak panggil dia "buntat".

* buntat = nama panggilan manja untuk anak bongsu or anak manja

Adik sangat aktif dan friendly sejak kecik. Suka tegur2 orang walaupun tak kenal. Suka tolong ummi kemas rumah dan memasak. No wonder umur 11 tahun dah reti masak nasi goreng. Now, setakat nak masak roti telur, ummi goyang kaki je. Semua dia buat sendiri.

Masa sangat cepat berlalu, adik dah masuk form 1 tapi still manja macam budak darjah 1. Bila anak2 dah besar, itu maknanya umminya dah semakin tua. Alhamdullillah Allah SWT bagi akak anak2 yang terang hati dan senang mendengar kata.

Syukur sangat2.

No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...