Sumber : Mr.Google |
Sekejap aje masa berlalu, dah masuk tahun 2015. Dah masuk tahun ke-5 akak bekerja di hutan batu ni. Alhamdullillah Allah masih beri ruang dan peluang untuk kita meneruskan kehidupan. Allah masih bagi masa untuk kita meneliti dan menguruskan semula kehidupan kita selama ini.
Kita kadang2 tak sedar yang kita sangat seronok dapat sambut tahun baru tapi berapa ramai yang bersyukur sebab masih dipanjangkan umur untuk terus hidup di dunia ini. Teringat akak pada kursus anjuran JPA yang akak hadiri beberapa minggu yang lalu. Penceramah tu minta kita senaraikan lima kelebihan dan lima kelemahan diri kita. Dalam seramai hampir 50 orang peserta kursus, tak ada sorang pun yang mencatatkan kelebihan diri kerana diberikan kesihatan yang baik, diberikan rezeki yang baik etc. Rata2 mencatatkan....saya penyayang, tak mudah marah, simple, peramah, etc. None of us yang mencatatkan kelebihan diri kerana sentiasa sihat, jarang sakit, so that dapat menjalankan kewajiban beribadah tanpa sebarang halangan.
Rasa macam berdebuk atas kepala akak ni, terasa disindir kerana perasan dengan kelebihan diri yang entah apa2. Tulis kelebihan yang sebenarnya semua itu kalau tak kerana kita tak diberi kesihatan yang baik, mampukah kita tersenyum pada orang lain? Mampukah kita menjalankan kehidupan dengan lebih ceria? Tiba2 rasa malu pada diri sendiri. Angkuhnya kita kan. Padahal segala kesihatan dan rezeki itu datangnya daripada Allah SWT juga, bukan sebab suami kita kaya, bukan sebab pangkat kita besar etc. Even paling simple, kalau la kesihatan tidak mengizinkan, bolehkah akak memandu sendiri kereta untuk menghadiri kursus tersebut? Terkesima kejap.
*********
Biarlah apa juga yang kita buat adalah kerana diri kita sendiri, bukan nak menunjuk2 kelebihan kita pada orang lain. Hari pertama tahun 2015 masih sama pada diri akak, tak ada yang berubah pun. Yang berubah mungkin azam atau misi kita untuk menjadikan kehidupan kita kepada kehidupan yang lebih baik. Semua orang ada azam mereka sendiri. Ada juga yang berazam untuk melunaskan azam tahun 2013 yang belum tercapai disebabkan azam tahun 2012 yang terbengkalai! =))
Alhamdullillah, yang akak paling suka ialah on the first day of 2015 ni, harga minyak dah turun. Syukur sangat sebab dapatlah kita berjimat lagi. Pagi semalam akak ke pasar pun, harga udang pun turun. Penjual cina tu cakap, harga minyak turun, harga barang pun kena turun la. Bagus la kalau betul macam tu. InshaAllah.
Cuti tahun baru still sama macam cuti hujung minggu yang lain. Peluang duduk kat rumah adalah satu rahmat kerana akak dapat membereskan kerja2 rumah yang jarang pernah habis.
*********
Ingatan yang tak berbelah bagi kepada semua kawan2 akak yang menghadapi musibah banjir, terutamanya di Kelantan dan Pahang. Semoga derang sentiasa selamat dan sihat, mohon dijauhkan daripada perkara2 yang tidak diingini, Aamiin. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukannya. InshaAllah ada hikmahnya disebalik setiap kejadian yang berlaku.
SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA.
No comments:
Post a Comment
jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...