Thursday, January 8, 2015

gulai lemak asam pedas bendi






Ni akak masak main2 sebenarnya, masa akak tengah demam dan tak lalu makan. Then teringin nak makan sesuatu yang agak masam, untuk sedapkan tekak akak ni. Nak masak tomyam, tak cukup bahan pulak. Nak masak asam pedas pun tak ada stok daun kesum dan bunga kantan. Tak best rasanya kalau tak ada bahan2 tu. Buka peti ais tengok ada sayur bendi dan kobis. Nak masak kobis rasa macam tak lalu nak makan. Anak2 memang confirm tak makan sayur2 gini. At last, masak bendi aje la.

Serius...ni akak masak main2 sebab hanya ada santan setengah kotak. Santan MS yang rendah lemak tu. Bila dicampurkan dengan bahan2 asas seperti bawang dan sebagainya, gulai jadi cair sangat. Tapi tak mengapa sebab akak memang tak nak kuah jadi berlemak sangat. It was ok for me.

Jadi, hiriskan aje bawang merah, bawang putih. Masukkan santan dan air, asam keping, serbuk kunyit dan cili boh dalam periuk. Bila dah mendidih, masukkan bendi dan masak la hingga bendi rasa empuk dan kuah gulai nampak masak seadanya. Kalau nak cicah bendi ni dengan budu + cili api pun best. Garam jangan lupa bubuh ye. Hasilnya memang sedap bila sampai ke tekak akak yang payau.

Sekian, resepi akak waktu demam =)).

workout by your name

Lama tak share pasal workout, since akak pun dah lama tak buat serious workout. Setakat lari2 anak kat tasik titiwangsa tu, ada ...