Thursday, December 18, 2014

homestay @ ayer keroh



Akak suka juga stay kat homestay tapi jarang2 dapat stay kat homestay. Kalau kerja luar, ofis mesti tempah hotel. 

Baru2 ni akak ada kerja di Ayer Keroh, Melaka dan kena duduk kat homestay.  Quite excited nak duduk kat homestay ni kan sebab suasana dengan duduk di hotel berbeza. Duduk kat homestay macam ala2 duduk kat rumah kan.





Bila sampai kat depan homestay (rumah teres satu tingkat), akak dah semacam sebab nampak macam rumah tinggal. Hanya mangga grill yang boleh dikunci manakala grill dan pintu sliding tak boleh dikunci. Dalam erti kata lain, kunci tak berfungsi @ rosak. Telan air liur jap.

Masuk je dalam rumah, sofa tu yang pertama sekali akak pandang. Owner letak sofa yang dah koyak rabak. Kalau duduk kat atas sofa yang koyak tu, rasa duduk atas kayu je. 





Kat ruang tamu tu ada sofa, tv dan meja kopi tu je. Tv pun jenis lama, jenis tv gemuk tu. Mungkin owner bimbang penginap songlap tv dia kot. Nasib baik ada pasang astro, dapat la tukar2 channel tv kan. Karpet atau tikar tak ada kat ruang tamu. Kalau nak baring, baring je la atas jubin tu ok.





Tinjau pulak bahagian dapur. Ada diletakkan satu kabinet dapur yang kecik dan dapur gas. Cerek pun dah macam buruk gitu tapi masih boleh guna. Sempat la kawan akak masak air guna cerek tu. Pinggan mangkuk langsung tak ada, sudu garfu cuma ada satu. Periuk nasi ada tu diletakkan kat atas peti ais.

Kat situ juga diletakkan iron board sebab kat tepi tu banyak plug.





Rumah ni ada tiga bilik, master bedroom kat depan manakala dua lagi bilik kat sebelah belakang. master bedroom ada bilik air sendiri. Dalam master bedroom ada satu double beg, satu almari pakaian yang kecil dan satu tempat sidai tuala. Tak ada make-up table.

Gambar kat atas tu ialah gambar kat bilik belakang. Ada satu double beg dan tak ada make-up table, so simple. Cuma digantung cermin muka kalau nak bersiap. Almari dan tempat gantung tuala pun tak disediakan.





Akak memang agak cerewet kalau memilih tempat tinggal time akak outstation. Biar pun tempat tu kecik tapi mesti selesa dan ada kemudahan yang diperlukan.  Owner rumah ni memang macam tak menjaga sangat rumah dia ni tapi nak sewakan pada orang sebagai homestay. 

Meja makan enam kerusi ada diletakkan di ruang berdepan dengan dapur. Boleh la kalau nak makan2 kat situ. 

Bab penjagaan kebersihan rumah dan kekemasan dinding, agak menghampakan sebab macam rumah tak berjaga. Hopefully owner rumah ni boleh mengambil tindakan pembaikan untuk memberi keselesaan kepada penginap sebab bayaran yang dikenakan ialah RM200.00 untuk satu malam.





pantai kemasik

Last two days, kami sekeluarga ke Dungun untuk menghantar anak dara yang dah mula kuliahnya semalam. Great, semalam juga birthday dia yan...