Lately terkejar-kejar dengan macam2 aktiviti rasmi dan tak rasmi. Biasa la kan waktu cuti sekolah macam ni, macam2 plan ada dalam kepala. Tapi tak semua yang kita rancang boleh dilaksanakan. Tambah lagi SRK akak tu sekarang ni macam busy sangat. Macam dia sorang je yang busy kan.
Anak2 akak dah "pos" ke kampung untuk sementara waktu. Derang suka duk kampung sebab boleh main dengan kucing, boleh kutip buah2an dan macam2 lagi la aktiviti yang boleh dibuat. Bila akak duk sorang2, makan ikut dan aje. SRK banyak masa kat luar, dia makan pun kat luar.
Kebetulan akak tak berapa sihat, terpaksa excuse sehari daripada pergi keje. Dah tak larat nak drive macamana kan. Bila duduk sorang, masak dan makan aje la apa yang ada. Dan ini memang menu untuk orang bujang yang lapar tapi nak cepat makan.
Tumiskan bawang putih dan bawang merah untuk ada rasa sedikit manis. Masukkan hirisan ayam dan fish cake. Dah mendidih, pecahkan telur ke dalam kuali, masukkan sayur kobis, sedikit perencah sup dan stok ayam. Rasa masinnya. Masukkan mee kuning dan biarkan ia serasi kejap.
Dah boleh angkat dan hidang.
No comments:
Post a Comment
jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...