Last weekend we all buat meeting dan discussion kat luar ofis, saja nak kan environment lain sikit kan. Asyik meeting dalam ofis aje, bosan kan...kan..kan..
Well, dapat la greenlight buat meeting kat Marriott Putrajaya. Walaupun tak jauh dari rumah akak tapi memang akak tak pernah menerjah ke hotel ni. Nak tengok juga sedang mana service dia orang kan. Maklum la hotel banyak bintang gitu.
Ruang masuk yang luas, puas juga la nak berjalan. Tingkat bawah tu ada lounge, karaoke room, tempat budak2 main dan tempat makan.
Food kat situ agak moden walaupun ada juga pilihan makanan "kampung" atau yang biasa kita makan. Pilih aje nak makan apa, In Shaa Allah ada. Akak tak lepas peluang makan sup mee wantan. Boleh pilih "lauk-pauk" dan sayuran yang kita suka. Tambah sikit dengan lada + kicap. Marvellous.
Pernah rasa bosan nak makan nasi waktu tengahari? Mesti pernah kan tapi kalau yang kaki nasi tu memang kena makan nasi la jawabnya. Akak makan meehoon, kot2 ada lain rasa tapi unforntunately rasanya lebih kurang sama aje dengan meehoon kat luar sana. Then "geram" tengok seafood goreng2 tu, masa ambil tak hengat dah.
At the second nite, we all makan berhidang dengan menu chinese set. Minum la air teh cina yang tak ada rasa tu tapi sebenarnya baik untuk kesihatan. Dihidangkan pula sup yang lebih kurang sama dengan sup yang akak makan semasa menginap di Philea, Ayer Keroh. Sama guru kot. Sup yang rasanya ala2 singgang ikan. Masam.
Wah! Ada birthday cake hehe. Padahal just ada ayam kat dalam, manakala yang luar tu ubi keladi. Tak percaya? Percaya la...
Sotong ni best juga tapi agak berminyak. Makan tu cicah dengan sos pencicahnya baru best. At the end, licin pinggan sotong ni, ramai peminat =)).
Satu hal yang agak hairan, daripada hari pertama sampai habis, sayur yang ini juga la yang akak jumpa. kalau ada sayur lain pun salad atau kerabu. Nak cari sayur lain macam tak ada. Sayur ni murah ke you olls? Atau mungkin trademark dia orang kan =))
Just nak rasa banana cake yang dia orang sediakan waktu tea-break. Tak rasa sangat pisang, banyak rasa vanila esen. Ada ke patut kan...
Bab2 dekorasi dalaman hotel, akak suka juga tapi hotel ni nampak klasik, hotel lama kan. Meletakkan bunga2 hidup dalam pasu macam tu memang cantik. Nak pulak bunga2 warna hijau, akak suka. Tenang mata menengoknya.
This is business hotel, so sentiasa penuh especially during weekdays. Mungkin lokasinya yang dekat dengan airport dan mempunyai facilities yang lengkap untuk kita mengadakan meetings or seminars. But one thing that akak agak regret sebab person in-charge yang bertanggungjawab handle program we all tu susah sikit nak jumpa. Ada masalah, akak call walaupun dah tiga kali tapi still tak nampak batang hidung. Mungkin tak sempat kot.
Anggap la dia tak sempat nak datang jenguk kan.
No comments:
Post a Comment
jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...