Tuesday, June 18, 2013

beautiful view @ frangipani langkawi resort & spa



Beberapa hari akak tak update blog, terpaksa menyelaras kursus di Langkawi. Lokasi pilihan adalah di Frangipani Langkawi Resort & Spa. I tell you olls, resort ni bertaraf 4 bintang katanya.... Kita tengok berapa bintang yang you olls boleh bagi ye.





Kalau kita pergi ke Pantai Cenang, resort ni terletak berdekatan dengan pantai Cenang. Kalau kita biasa bawa famili mandi-manda atau bersiar-siar kat pantai yang dekat dengan bukit yang ada tulis "Langkawi" tu, so Frangipani ni kat belakang bukit tu la....





Lobi resort yang simple, banyak menggunakan bahan kayu sebagai interior. Ada juga bangku yang dibuat daripada driftwood, menarik juga. Ruang lobi ni agak luas dan turut menyediakan satu bilik untuk penggunaan internet. Biasa la tu kan.




Kolam ikan yang dibina khas di hadapan lobi resort. Katanya ada beberapa jenis ikan kat dalam kolam ni tapi akak duduk situ dalam 5 minit.....tak nampak pulak ikan...hehe.




Salah satu ruang yang terdapat di restoran resort ini. Memang resort ni mengutamakan penggunaan bahan kayu untuk perabot dan hiasan dalaman. 




Kalau you olls tak nak makan kat dalam restoran, boleh pilih duduk kat luar tapi kalau waktu hujan dan matahari terik, tak sesuai la. Kat luar ni memang open terus, makan sambil menikmati keindahan laut, best. Cuma kalau time ribut datang, baik beredar segera. Kalau tak dengan kerusi sekali terbang..huhu.





Pemandangan ni pun akak snap dari restoran, ada sebuah perahu / bot kayu yang sengaja diletakkan di luar kawasan restoran sebagai hiasan. Kat bawah pokok berhampiran dengan bot kayu tu pun ada diletakkan meja dan kerusi untuk penginap melepak-lepak sambil minum kopi. Nice.





I dunno why tapi burung yang hinggap kat atas meja makan kat dalam restoran ni memang jinak, sebab tu akak dapat snap gambar burung ni dari dekat. Burung ni pun nak cari makan.




Swimming pool yang dibina betul2 berdekatan dengan restoran tadi. Ada pool untuk dewasa dan kanak2. You olls nak mandi kena pakai baju mandi, kalau tak, tak boleh mandi kat situ. Tapi kan kita orang Muslim takkan nak pakai baju mandi. So, pakai aje la apa yang sesuai.




Tengok tu....we all tengah buat aktiviti kat pantai ramai2. Bila ramai memang best, meriah abih. Cantik kan pemandangan dari pool ni ke laut....




Banyak disediakan tempat2 melepak kat tepi pool ni dan you olls boleh pesan minuman kat tepi tu. Nak beli aiskrim pun ada juga. Memang ramai la mat2 dan minah2 saleh duduk bersantai kat situ.




Cuma tahap keselamatan di resort ni agak rendah kot sebab sapa2 pun boleh masuk ke kawasan resort melalui jalan pantai. Tambah pulak bilik2 nya scattered.




Pantai kat situ dah banyak terhakis juga, dah jadi curam. Kalau kita mandi-manda kat situ, kena berhati-hati sikit sebab baru jejak beberapa langkah ke dalam air, kaki dah tak jejak dasar.

Kadar bilik kat sini bolehhhhh tahannnnnn..... Bawa duit banyak2 =)).










2 comments:

  1. Pantai Cenang byk sgt pelancong. Yg ni kira private ckit kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Still ramai pelancong asing especially arab dan europe. Tapi nice place and quite privacy.

      Delete

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...