Tuesday, May 7, 2013

red fish soup @ my mom's receipe



Kelmarin akak dah pun menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dan akak balik mengundi di Bandar Ikan Patin. Walaupun keputusan di tempat akak agak mengejutkan tapi semuanya kena terima dengan hati yang terbuka, tidak ada perbalahan kaum, tidak ada huru-hara, semuanya berjalan dengan baik. 

Kalau balik kampung, macam rajin sikit nak memasak sebab ramai nak makan tapi biasanya mesti nak suruh mak yang masak sebab hasil air tangan mak memang best. Mesti mak boring kalau baca statement macam ni sebab masa anak2 ada kat rumah la, dia nak berehat kan =)). Kena pulak my bro "mengidam" nak makan sup ikan merah buatan mak. Pucuk dicita ulam mendatang, akak setuju sesangat.






Bahan2 nak buat sup ikan merah:

- ikan merah yang segar..
- sup bunjut ikan Adabi
- bawang putih dan bawang merah (mayang halus)
- serai (ketuk sikit..)
- bunga lawang
- bunga cengkih
- buah pelaga
- halia (hiris halus2)
- daun sup dan daun bawang (mayang)
- buah tomato (kalau suka)
- serbuk perasa kiub ayam (kalau suka)

Tumiskan semua bahan dan masukkan air, biarkan hingga mendidih. Masukkan ikan merah, didih hingga masak. 

Memang lama betul tak makan sup ikan merah. Sesekali makan boleh bertambah nasi dibuatnya. Masa sup masih panas2 tu, kita makan terus dengan nasi....sesekali hirup kuah sup. Terangkat you!


king patin

I am a die hard fan of ikan patin. Of coz la kan sebab akak asal dari Bandar Ikan Patin. Kalau balik kampung, gulai ikan patin ...