Thursday, May 30, 2013

4 langkah gaya hidup sihat


...akak nak kongsi tips / langkah gaya hidup sihat....moga dapat memberi manfaat pada kita...


ADAKAH anda bangun tidur sebelum matahari terbit dan pulang ke rumah setelah terbenamnya matahari?
Atau adakah anda sering bergegas dari satu mesyuarat ke mesyuarat yang lain setiap hari?
 
Mungkin anda pernah mengalami situasi tersebut malah sering berulang. Sebaik-baiknya, pencegahan terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, penyakit jantung, kanser dan sebagainya, harus dimulakan sejak kecil, namun masih belum terlambat untuk dimulakan sekarang.
 Pilih makanan berasaskan bijirin penuh.

 Jangan lagi bertangguh atau menunggu sehingga anda mengalami sakit dada baru anda mengambil berat tentang kesihatan. Mula amalkan pemakanan sihat dan kehidupan aktif sekarang.

Langkah 1 - AMALKAN PEMAKANAN SIHAT
Sarapan - Kajian saintifik membuktikan jika anda memulakan hari dengan sarapan yang seimbang, anda boleh fokus, meningkatkan tahap tumpuan, kepintaran dan daya ingatan.
Makan tengah hari - Jangan sesekali tinggalkan makan tengahari tidak kira sibuk manapun anda. Namun begitu, elakkan makan terlalu kenyang yang boleh menyebabkan anda berasa kembung, mengantuk dan tidak produktif.
Makan Malam - Sentiasa ingat untuk mengambil makanan yang seimbang, pelbagai dan tidak makan berlebihan. Pulang awal ke rumah untuk makan makanan yang dimasak di rumah dengan ahli keluarga.

Langkah 2 - PILIH MAKANAN DENGAN BIJAK
Sentiasa memilih makanan yang disediakan dengan cara sihat seperti mengukus, membakar atau sup berbanding makanan bergoreng.
Pilih makanan rendah lemak, gula dan garam.
Pastikan ada buah-buahan dan sayuran dalam sajian harian anda.
Elakkan mengambil terlalu banyak kuah, kerana ia biasanya tinggi lemak dan garam.
Pilih makanan tinggi serat.
Minum banyak air kosong dan elakkan minuman manis dan bergas.

Langkah 3 - JADI LEBIH AKTIF DENGAN BERSENAM

Langkah 4 - PANTAU TAHAP KESIHATAN ANDA
Rancang jadual pemeriksaan kesihatan anda secara berkala iaitu bulanan, suku tahun atau tahunan kerana anda perlu sentiasa mengetahui kedudukan tahap kesihatan anda. Anda juga boleh melakukan pemantauan diri sendiri seperti mengukur ketinggian dan berat badan supaya sentiasa dalam keadaan normal.




Sumber rujukan : © Utusan Melayu (M) Bhd 


throwback: 10Binjai, PNB Park, KLCC

Throwback yang terobek. Last minute decided buat iftar kat 10Binjai, PNB Park. RM80 per head tapi guna orang dalam, dapat RM64 per...