Friday, March 22, 2013

free buffet @ restoran seri melayu





Entah apa anginnya kan, tetiba je top management announced ada makan gratis kat restoran seri melayu. Pucuk dicita ulam mendatang kan. Orang dah nak bagi free, terima aje la =))




Kawan2 ofis yang ceria sebab dapat makan gratis! Kalau tidak takdenya ceria dan senyum lebar macam ni...hiks. 




Selesai aje bacaan doa selamat, semua pakat serbu nak makan gratis kan. Oleh kerana terlalu panjang Q kat tempat kambing panggang, so akak ambil sup daging dulu, makan dengan roti. Sedap supnya....puashati makan.




Second round, akak makan nasi minyak berlaukkan ikan masak lemak, sotong masak kicap yang marvellous, sayur bunga kobis dan sedikit kerabu. Nasi tak boleh ambil banyak2....sebab lauk dah menimbun.




Buat pencuci mulut, akak ambil beberapa jenis kuih tradisional termasuklah lepat pisang yang sangat cute. Ambil kek yang warna hijau tu, sedap sangat rasanya. Ambil kuih yang ada warna ungu....pasti! 

Actually sempat juga makan kambing panggang tapi tak sempat nak snap foto....dah lesap dari dalam pinggan....





Karnival WOW

Karnival WOW baru2 ni macam tak wow sangat, biasa2 jek. Yang happening sebab ada live programme by TV3. So ramai ler orang kerumun kat sit...