Monday, February 18, 2013

jeruk pak ali @ penang








Dari Alor Star, akak menerjah ke Perlis. Sempat la juga makan nasi dengan gulai daging rusa kat situ. Suka tengok suasana di Perlis, macam aman aje dan luas mata memandang. Pengalaman jarang2 makan daging rusa memang tak dapat dilupakan. Dagingnya yang lembut dan akak tak dapat nak cerita apa yang membezakan rasa daging rusa.

Dari Perlis terus turun semula ke Penang, sangat tergesa-gesa sebab dalam tempoh masa yang terhad, terpaksa ke sana ke mari. Penat rasa badan. Di Penang, sempat dihadiahkan oleh kawan2 kat sana jeruk buah-buahan yang popular tu. Khabarnya yang paling popular ialah jeruk Pak Ali. Akak bawa balik dua paket, anak2 suka. 

Jangan lupa ye kalau sesiapa yang jarang menerjah ke Penang, singgah la beli jeruk Pak Ali. Memang tak mengecewakan =))



Karnival WOW

Karnival WOW baru2 ni macam tak wow sangat, biasa2 jek. Yang happening sebab ada live programme by TV3. So ramai ler orang kerumun kat sit...