Monday, January 7, 2013

facial @ shah's beach resort


Ada lagi cerita tentang resort ni, harap tak jemu nak baca  =)).

Akak sempat buat facial kat SPA yang memang dibuka kat resort tu. Jenama SPA ni dibawah jenama Mustika Ratu tapi ada macam2 jenis cleanser dan supplement ada dijual kat situ. 




Ini la tempat akak buat facial, mendamaikan dengan alunan muzik sentimental yang menusuk kalbu. Owner SPA ni ialah Kak Nisa, dah berumur sikit orangnya tapi still mantop! Kak Nisa dibantu oleh anak daranya yang comel lote, Ninie.

Biasa la kan, bila dah umur semakin naik, macam2 ada kat muka kita ni. Kalau black / white heads tu dibiarkan lama kat atas muka, benda2 ni boleh berubah jadi jeragat. Jeragat ni bukan lekat kat orang2 berumur aje tapi kadang2 kita tengok orang umur 30an pun dah melambak jeragatnya.

Info daripada Kak Nisa, elok pakai susu pembersih kalau buat facial sebab susu ni meresap sampai ke dalam kulit kita. Satu lagi, tak semua night cream sesuai dengan kulit kita, so kena pandai pilih.

Berair mata akak masa Ninie buang black / white heads aritu. Perit betul. Maklum la buat facial pun 3x setahun  =)).

Untuk facial yang macam akak buat, selama 1.25 jam, akak cuma bayar RM56.00. Murah kan. Siap ada free eye and head massage for 15 mins.

Cuba la!


iphone yang hilang

Kelmarin dapat kawan2 baru dari Jepun. One of them is an English teacher in Singapore and married to Singaporean. The other one (...