Thursday, December 13, 2012

tomyam & mushroom




Salah satu lauk favourite anak2 akak ialah tomyam ayam. Kalau masak tomyam, budak2 ni mesti kejap2 datang jenguk ke dapur, kejap2 ambik bau kat dapur. Masing2 tak sabar nak makan nasi. Bukan susah sangat kan nak masak tomyam, cuma sedap tak sedap aje =))

Masa nak masak tomyam ni, naik hangin juga kejap sebab duk cari kiub tomyam kat kedai tapi kat kedai ke-4 baru ada. Agaknya ramai sangat yang nak masak tomyam. Maklum la kat sebelah rumah akak pun ada satu kedai tomyam Thai. Mesti tauke kedai ni yang borong habis! Tetiba aje kan... =))

Cara akak masak tomyam, tumiskan bawang putih, bawang besar, serai, lengkuas (kalau suka), daun limau purut, lada kecik dan kiub tomyam serentak. Tumis sampai naik bau, masukkan ayam dan air, tunggu sampai menggelegak. Masukkan buah tomato dan perahkan sedikit air limau nipis / kasturi. Masukkan garam dan bila dah rasa ok, boleh dihidangkan.





Ini bukan taugeh ye kawan2 tapi akak masak cendawan yang halus2 tu. Kalau kita pergi kat Tesco or Giant atau mana2 sekalipun, selalunya cendawan ni duk dalam plastik, siap dibungkus. Akak rasa cendawan ni sesuai untuk orang2 yang mengalami masalah kekurangan gigi. Ngeeeee.... =))

Sebabnya tak perlu nak kunyah beriya2 dan ia lembut gitu. Cara masak lebih kurang sama macam kita goreng taugeh masak kicap tu. Mudah kan.







king patin

I am a die hard fan of ikan patin. Of coz la kan sebab akak asal dari Bandar Ikan Patin. Kalau balik kampung, gulai ikan patin ...