Monday, November 12, 2012

entri info : santau


Kesempatan berada di rumah pada petang Jumaat, akak berkesempatan menonton program Al-Kulliyah terbitan TV3. Walaupun ianya hanya siaran ulangan tapi tetap excited nak tengok, apatah lagi tajuknya adalah mengenai santau. Kita biasa dengar orang kena santau dan sebagainya, takut dan ngeri juga bila melihat paku, kaca dan pisau cukur keluar daripada badan orang yang terkena santau.

Yang popular ialah santau makan dan santau angin. Santau makan, seseorang mengenakan orang lain melalui makanan. Manakala santau angin, santau itu dikirim kepada orang lain melalui angin. Kadang2 tak terfikir langsung bagaimana boleh seorang manusia itu tergamak mengenakan santau terhadap orang lain dengan cara yang begitu.

Walaubagaimanapun, kita boleh melihat tanda2 seseorang itu terkena santau. Antaranya ialah batuk berlanjutan dan batuk berdarah, sentiasa berasa lenguh sendi dan badan, berasa sakit2 belakang, bahagian bawah mata menjadi biru, kuku juga menjadi biru, nafas sentiasa berbau dan ada gatal2 di badan. Apabila ada benda2 ini, eloklah mencari ikhtiar untuk berubat kerana mungkin dah terkena santau.

Kemudian, ada juga berkait dengan mimpi yang dialami oleh seseorang. Jika seseorang itu bermimpi ular atau haiwan2 yang berbisa, mimpi jatuh dari tempat yang tinggi, mimpikan bayi, mimpi benda2 tajam, seterusnya bila bangun tidur pagi, ada melihat kesan lebam2 di badan, berkemungkinan seseorang itu dah terkena santau.

Namun begitu, terdapat ayat2 Al-Quran yang boleh menjadi pendinding daripada terkena santau. Antaranya, kita boleh amalkan membaca surah Al-Fatihah, ayat Kursi dan membaca ayat 23 daripada Surah Al-Furqan. InshaAllah ayat2 ini boleh melindung seseorang daripada perkara2 tidak baik seperti santau.

Allahualam.

No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...