Thursday, September 13, 2012

masterchef cilik





Akak bukan nak promote program masterchef cilik Dumex tu tapi sayur kacang manis dan udang ni dimasak oleh masterchef cilik akak. Yup, anak kecik akak yang masak sendiri. Dia sendiri yang potong sayur dan buang kulit udang. Siap buang tahi udang sekali.

Ini la hasilnya bila seorang budak kecik yang memang suka ikut akak ke dapur. She will do anything, suruh aje apa yang patut kecuali siang ikan dan hiris daging. Yang ni memang tak patut lagi suruh dia buat. 

Bila dia dah biasa tengok akak masak, automatik bahan2 dan kaedah nak buat, semua masuk dalam kepala otak dia. Cuma akak kena monitor sebab dia gunakan dapur gas...melibatkan api dsbnya. Bab ni memang sebagai emak, kita still kena monitor.

Kalau umur 10 tahun dah boleh masak macam ni, ok la kan. Lama2 nanti dia akan jadi lebih advance. Tak nak jadi macam ummi dia, dah remaja masih confuse antara lengkuas dan halia. Biar betul kan... :)

Anyway, sesiapa yang berminat nak menyertai program masterchef cilik Dumex yang tayang kat astro tu...boleh la pergi ujibakat. 


king patin

I am a die hard fan of ikan patin. Of coz la kan sebab akak asal dari Bandar Ikan Patin. Kalau balik kampung, gulai ikan patin ...